Monday, May 24, 2010

Sampel Taqwim

Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung Jamadil Awwal. Jamadil Akhir akan bertandang, diikuti dengan Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Semoga Tuhan mempertemukan kita dengan bulan yang penuh barakah itu.

Di kesempatan ini juga, kami di DZAST menawarkan perkhidmatan rekabentuk dan percetakan kepada mana-mana syarikat, individu atau institusi yang berminat untuk memiliki Taqwim @ Takwim Ramadhan (Jadual Imsak dan Berbuka Puasa) tersendiri.

Taqwim ke Takwim??? Mana satu yang betul ni??? Bagi kami di DZAST kedua-duanya adalah betul. Yang pertama merujuk kepada penggunaannya dalam Bahasa Arab dan yang kedua adalah penggunaannya dalam Bahasa Melayu. Selebihnya anda sendiri tentukan.

Taqwim @ Takwim Ramadhan bukan sahaja berfungsi sebagai AGEN PENGIKLANAN YANG PALING BERKESAN dalam bulan tersebut bahkan merupakan suatu bentuk sumbangan anda terhadap umat Islam. Bayangkanlah berapa ramai umat Islam yang berpuasa dalam bulan tersebut. Pastinya mata mereka tercari-cari Taqwim @ Takwim Ramadhan untuk melihat bilakah berakhirnya waktu sahur dan bilakah masuknya waktu berbuka puasa. Bayangkanlah juga setiap mata yang melihat Taqwim @ Takwim Ramadhan tersebut, bangun sahur dan berbuka puasa berpandukan jadual yang dipaparkan, maka setiap amalan pahala yang dilakukan oleh mereka, anda juga turut mendapat tempias pahala sama seperti yang dilakukan mereka tanpa sebarang kekurangan walau sedikit pun.

Taqwim @ Takwim Ramadhan ini didatangkan dalam dua saiz yang berbeza iaitu A3 (297 x 420 mm) dan A4 (210 x 297 mm). Ianya dicetak menggunakan cetakan offset teknologi terkini yang menjanjikan mutu cetakan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Cetakan dilakukan di atas material Art Paper 130 gsm dan berwarna penuh. Minimum tempahan adalah sebanyak 500 helai. JANGAN BIMBANG dan JANGAN PULA TERKEJUT dengan harga-harga yang kami tawarkan. Ianya cukup BERPATUTAN.

Anda berminat… Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Abdul Hadi 013-966 8284

Ahmad Taufiq 013-202 8357

Muhammad Najib 013-241 6365

Untuk negeri penyu bertelur @ Terengganu Darul Iman, kami sudah menyediakan 3 rekabentuk berbeza yang cukup menarik. TR1T berlatarbelakangkan abstrak khat Ramadhan kariem, TR2T pula berlatarbelakangkan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dan TR3T berlatarbelakangkan Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah. Ianya turut dimuatkan dengan 1 ayat Al-Quran Al-Karim ( kebiasaannya dari surah Al-Baqarah ayat 183) dan beberapa hadith pilihan (anda boleh memilih pelbagai hadith mengenai kelebihan Ramadhan namun keutamaan kami adalah hadith yang sahih sahaja).

Selain dari itu, kami juga menyediakan ruang untuk penaja @ iklan syarikat dengan keluasan 297 x 100 mm bagi A3 dan 210 x 80 mm bagi A4. Anda boleh memasukkan nama syarikat, alamat, talian telefon, faksimili, telefon bimbit, email, website, produk dan perkhidmatan, gambar dan pelbagai lagi. Kesemua cetakan adalah berwarna penuh. (Sila lihat contoh di bawah).



Senarai Harga Taqwim @ Takwim Ramadhan Bagi Tahun 1431H / 2010M

Saiz A3 A4
Kuantiti Harga (RM)
500 361 215
1,000 452 288
2,000 671 343
3,000 871 434
4,000 1072 525
5,000 1272 634
10,000 2570 1478
20,000 4636 2584
30,000 6645 3671
40,000 8655 4667
50,000 10665 5704
60,000 12674 6690
70,000 14682 7729
80,000 16694 8719
90,000 18702 9754
100,000 20711 10745
150,000 30760 15832
200,000 40802 20869

Nota:

1. Harga di atas adalah bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

2. Harga di atas adalah bagi Taqwim @ Takwim Ramadhan menggunakan rekabentuk yang telah disediakan. Caj tambahan (minimum RM40 sehingga maksimum RM120) akan dikenakan jika sekiranya anda memerlukan rekabentuk tersendiri.

3. Harga di atas adalah untuk percetakan sahaja. Selebihnya (pembungkusan dan penghantaran) adalah PERCUMA. Anda akan menerima tempahan anda dalam masa 5-7 hari bekerja dan tiada KOS TERSEMBUNYI.

No comments:

Post a Comment